Friday, June 13, 2008

Pergi Klinik

Kesian kat Ammar. Dah banyak hari dah mata sebelah kiri dia merah. Bila jadinya Ummi tak perasan pulak. Ummi sedar pun tengahari hari isnin lepas. So malam tu, Ummi+Abi bawaklah Ammar check up ke klinik. Doktor kata maybe mata dia terkena apa2 kot. Entah lah Ummi tak dapat nak ingat. Tapi mujurlah dia tak garu2 mata. Tak gatal maybe. Malam semalam kami pergi pasar malam dekat taman arked. Memang selalu pergi kat situ. Lenguh tangan Ummi dukung Ammar. Sampai tertidur dia, keletihan agaknya.

Balik sampai rumah, Abi kata ada selaput kat mata Ammar. Aduh Ummi dah panik. Ummi pujuk Abi supaya bawak Ammar pergi check up sekali lagi. Dah 4 hari, masih tak ada perubahan. Risau Ummi dibuatnya.

Kami pergi klinik yang lain. Tunggu dekat sengah jam. Nama Ammar tak dipanggil lagi. Dia dah mula meragam. Yang peliknya masa kuar rumah, segar je mata dia walaupun masa tu dah pukul 11pm. Dalam kereta Ummi dok pesan kat Ammar jangan tidur lagi. Kalau dah lena, macam mana doktor nak check mata.

Abi, Ummi dan Ammar pun masuk ke bilik doktor lepas nama Ammar dipanggil. Doktor just tanya kat Ummi macam mana mata Ammar boleh jadi macam tu. Ummi pun citer la. Yang sakit hatinya doktor tu tak check langsung mata Ammar. Main tengok cam gitu je. Pastu dia buat call. Call doktor lain, bagitahu keadaan Ammar and tanya ubat apa yang perlu diberi. Abi+Ummi betul2 pelik. Napa dia call doktor lain pulak.

Pas settle suma, dalam kereta Ummi bebel kat Abi. Tak puas hati langsung. Geram pun ada. Sampai rumah Ummi tidurkan Ammar. Ingat nak jamah la keropok lekor, tapi Ummi terlelap sekali. Aduhai....

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Mata Ammar dah kurang merahnya. Ummi sentiasa berdoa moga mata Ammar cepat sembuh. Syukur Allah makbulkan. ALHAMDULILLAH.....