Monday, June 30, 2008

Jatuh Katil

Hari nie dalam sejarah si Ammar jatuh katil. Aduhhh kesian dia. Pagi tadi Ummi baring kejap sebelah dia. Ummi memang x perasan bila entah dia bangun. Ammar kalau terjaga, memang x nangis.

Sedap Ummi pejamkan mata, tiba-tiba Ummi terdengar bunyi benda jatuh. Pastu dengar suara Ammar menagis. Ummi pusing belakang, tengok kat atas katil. X ader punnn. " Mana anak aku nih??? " Langsung jai panik.

Ummi pun bangun, tercari-cari lah kat mana si Ammar nie jatuh. Aduhhh kesiannya bila Ummi tengok dia telentang kat tepi almari. Uwaaa uwaaa nangis.

Cepat-cepat Ummi angkat and pujuk dia. Alhamdulillah berhenti nangis sambil tangan dok pegang belakang kepala. Sakit lagi la tu agaknya.

Ummi baringkan Ammar kat atas katil. x lama lepas tu, dia pun zzzzzzzzzzz. Fuhh lega. Dan x lama lepas tu, Ummi pun zzzzzzz sama.

Sunday, June 29, 2008

Tak Nak Makan

Aduh inilah situasi yang Ummi tengah hadapi sekarang. Ammar x nak makan. Maksud Ummi makan bersuap. Kalau letak dalam botol, baru nak makan.

Ummi dah x tau nak buat macam mana lagi. Nak pelbagaikan makanan dia. Suap 2-3x je. Pastu terus tutup mulut rapat-rapat. Macam mana nak besar kalau sayang x mau makan.

Dulu Ummi buatkan bubur nasi. X nak. Yang peliknya dia nak makan apa yang orang besar makan. Amboi sapa ajar tu? Hehehe

Ummi harap Ammar nak lah makan lepas nie. Kalau tidak, teruk Ummi kena marah dengan atuk nanti sayang.

Wednesday, June 25, 2008

Main Besen

quang quang quang

Keletahnya makin hari makin x larat aku nak melayannya. Sekarang sudah pandai merayap ke sekitar rumah. Nasib baiklah rumah aku x banyak perabot. Kalau x, lagi haru lah jadinya.

Hari nie dia seronok pulak dapat main besen. Dah jemu dengan permainannya mungkin? Yang pastinya aku sekarang x boleh tinggalkan Ammar sorang lama-lama dah. kalau dulu boleh lagi. Sekarang, x lagi. If aku tinggal, gamaknya abislah segala apa yang ada kat ruang tamu tuh disepahkannya.

Tabiatnya suka masukkan benda dalam mulut. X kiralah apa-apa pun. kertas, botol, kain dan sebagainya. Lagi satu budak nie suka selak karpet. Huuuu x larat aku nak perbetulkan balik.

Aduh nama pun budak kan. Anak sendiri pulak tu. Biar jelah. Lagipun itu baru sikit je 'skill' yang dia boleh buat. Tengoklah kalau dah pandai merangkak & nak berjalan nanti, lagi Ummi letih mengontrolnya.

Tuesday, June 17, 2008

Kena Cucuk

Sepatutnya 15hb lepas, Ammar kena pergi klinik. Tapi Abi pulak ada kerja. Aduh berjam jugak Ummi dengan Ammar tunggu kat rumah. Tapi hampa....

Last-last Ummi tukar baju Ammar. Huhuhu kesian tengok dia macam rimas semacam je sebab Ummi bagi pakai baju 'over size'.

So InsyaAllah petang nie Ummi + Abi bawak Ammar pergi klinik ok. Sayang jangan nangis tau sebab Dr Zainol nak cucuk Ammar.

Alhamdulillah sepanjang Ammar kena cucuk untuk immunisasi, dia x penah nangis. Cool je anak ummi nie. Bagus Ammar. You're good boy!!!!. muaahhhh

Friday, June 13, 2008

Pergi Klinik

Kesian kat Ammar. Dah banyak hari dah mata sebelah kiri dia merah. Bila jadinya Ummi tak perasan pulak. Ummi sedar pun tengahari hari isnin lepas. So malam tu, Ummi+Abi bawaklah Ammar check up ke klinik. Doktor kata maybe mata dia terkena apa2 kot. Entah lah Ummi tak dapat nak ingat. Tapi mujurlah dia tak garu2 mata. Tak gatal maybe. Malam semalam kami pergi pasar malam dekat taman arked. Memang selalu pergi kat situ. Lenguh tangan Ummi dukung Ammar. Sampai tertidur dia, keletihan agaknya.

Balik sampai rumah, Abi kata ada selaput kat mata Ammar. Aduh Ummi dah panik. Ummi pujuk Abi supaya bawak Ammar pergi check up sekali lagi. Dah 4 hari, masih tak ada perubahan. Risau Ummi dibuatnya.

Kami pergi klinik yang lain. Tunggu dekat sengah jam. Nama Ammar tak dipanggil lagi. Dia dah mula meragam. Yang peliknya masa kuar rumah, segar je mata dia walaupun masa tu dah pukul 11pm. Dalam kereta Ummi dok pesan kat Ammar jangan tidur lagi. Kalau dah lena, macam mana doktor nak check mata.

Abi, Ummi dan Ammar pun masuk ke bilik doktor lepas nama Ammar dipanggil. Doktor just tanya kat Ummi macam mana mata Ammar boleh jadi macam tu. Ummi pun citer la. Yang sakit hatinya doktor tu tak check langsung mata Ammar. Main tengok cam gitu je. Pastu dia buat call. Call doktor lain, bagitahu keadaan Ammar and tanya ubat apa yang perlu diberi. Abi+Ummi betul2 pelik. Napa dia call doktor lain pulak.

Pas settle suma, dalam kereta Ummi bebel kat Abi. Tak puas hati langsung. Geram pun ada. Sampai rumah Ummi tidurkan Ammar. Ingat nak jamah la keropok lekor, tapi Ummi terlelap sekali. Aduhai....

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Mata Ammar dah kurang merahnya. Ummi sentiasa berdoa moga mata Ammar cepat sembuh. Syukur Allah makbulkan. ALHAMDULILLAH.....

Thursday, June 12, 2008

Testing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..... Sekarang Ammar dah ada blog sendiri. So dalam blog nie aku ceritakan tentang perihal, aktiviti dan perkembangan Ammar. So untuk 1st entry nie aku selitkan video aksi Ammar yang sempat aku rakam. So kita layannnnnnn