Friday, August 29, 2008

Anak Bujang Yang Semakin Lasak

Dah lama Ummi x update blog Ammar nie kan. Kesian dia. Huuuuu Ummi demam la sayang. Lagipun Ummi bz dengan blog Ummi yang satu tu. Sampai abaikan blog anak Ummi yang tersayang nih. I'm sorry my dear.

Semalam Ummi x sihat. Ammar baik je. X buat 'peel' langsung.Pulak tu macam sepakat je Ummi dengan Ammar tidur kat ruang tamu sampai 4 1/2 jam. Mujurlah Ummi bangun dulu. Kalau Ammar yang bangun dulu, entah ke mana-mana dia merayap perginya.

Hari ni Ummi dah beransur sihat. Ammar pun dah mula lasak balik. Masa Abi ada pagi tadi, dia elok je. Lepas Abi pergi kerja, amboiii makin menjadi buasnya. Tadi Ammar jatuhkan DVD player. Aduhhh kalau Abi tahu lah Ammar yang buat, Ummi x tahu lah. So, nak cerita kat Abi atau x? Nantilah Ummi pikirkan dulu ye sayang.*wink*

Entah macam mana Ammar boleh dapat idea main pintu bilik bacaan Abi. Kalau tertutup dari dalam, gamaknya Ummi dengan Ammar nanti terperangkap dalam tu tau. Tombol pintu bilik nie memang x ada. So memang bahaya kalau tertutup dari dalam. X kan nak email kat Abi mintak suruh balik tolong bukakkan pintu.Ahakss kalau terjadi macam tu, panik lah Ummi x tau nak cerita.

Wednesday, July 23, 2008

Updates

Dah lama Ummi x udate blog Ammar. Kesian dia. Bukan x nak, cuma x sempat la sayang. Ummi dok update blog Ummi. Hehehehe Jangan marah ye sayang. Lagipun internet kat rumha, x begi tu memuaskan.

Apa cerita Ammar?

Huuuu makin hari makin ligat. Sepahkan rumah no 1. So Ummi lah tukang kemas nya.[Memang kerja Ummi pun]. Sekarang nie dah pandai marah kalau amik barang yang dia tengah pegang. Waktu pakai diapers, jangan cakap lah, jenuh Ummi pujuk supaya dok diam. Bagi benda kat dia, bagi senang Ummi pakaikan.

Dah pandai ajak kuar. Pandang dengar suara anak jiran kat luar rumah, terus pergi ke arah pintu. Bila Ummi buat x tahu, mulalah dia merengek. Selalu tunggu Ummi kat muka pintu masa Ummi pergi beli lauk kat depan rumah. Tapi kekadang rengek-rengek nak ikut. Terpaksalah Ummi bawak. Aduiii berat la anak Ummi nie!!!

Dah mula nak merangkak. semua sudut rumah dia dah jejak. Suka ikut ke mana Ummi pergi. Kalau Ummi ke dapur, dia ke dapur jugak. Kalau Ummi masuk bilik, dia pun masuk jugak. Haiya ni macam banyak susah Ummi nak buat kerja tau.

Suka main 'cak cak' dengan Ummi. Kalau dengan Abi suka main lasak sikit, macam bergusti. Senyum sampai ke telinga kalau nampak Abi balik dari kerja. Seronok bukan memain lagi dia.

Itu je lah cerita Ammar kali nie. Nanti Ummi tulis lagi Ammar 8 mon old ye.

Wednesday, July 2, 2008

Happy 7 Mos Old

Semalam Ammar genap 7 bulan. X sempat nak update coz hubby half day sebelah petang. Sempatlah kuar pergi bank and shopping kat tesco.

Sekarang nie si Ammar memang x boleh tinggalkan sorang-sorang walaupun sesaat. Ada je kerja yang dia buat. La nie kat rumah aku dah ada tukang sepahkan rumah. Baru kemas, dia sepahkan balik.

Kalau minggu lepas, dia macam takut-takut je nak ke dapur, minggu nie dah x kisah dah. Redah je yang dia tahu. Aku ke dapur, dia mengekor kat belakang. Sabar je lah.

Hari-hari nak masuk bilik bacaan Abi dia. Best agaknya coz banyak barang-barang yang menarik perhatian dia. Sebab malas nak berkemas balik, bila dia masuk, aku bawak kuar. Bila dia masuk lagi, aku angkat letak kat luar. Last-last aku tutup pintu bilik, abis citer.

Kalau citer pasal apa yang dia dah boleh buat kat atok, fuhhhh confirm atok x larat nak jaga punya lah. Budak lelaki, memang lasak. Bukan sikit, tapi terlebih lasak.

Sabar-sabar. Tu belum merangkak lagi tuh. Nanti ke bilik mandi dia boleh sampai. Jenuh pulak main kejar-kejar dengan dia nanti.

Ammar pandai sungguh tengok TV. Tambah kalau ada iklan. Paling dia suka sekali, iklan kanak-kanak. Masa tengok tu, tersengih-sengih sorang-sorang. Nampak gayanya dia nak ikut jejak sepupunya Abang Haikal yang mana masa sebaya Ammar nie, memang suka tengok iklan. Budak-budak sekarang macam-macam peel.

Oklah aku dah x tau nak cerita apa lagi pasal Ammar. Dia tengah ligat sepahkan rumah. Bagi kerja kat Ummi dia untuk kemaskan balik. Bijak bijak....

Monday, June 30, 2008

Jatuh Katil

Hari nie dalam sejarah si Ammar jatuh katil. Aduhhh kesian dia. Pagi tadi Ummi baring kejap sebelah dia. Ummi memang x perasan bila entah dia bangun. Ammar kalau terjaga, memang x nangis.

Sedap Ummi pejamkan mata, tiba-tiba Ummi terdengar bunyi benda jatuh. Pastu dengar suara Ammar menagis. Ummi pusing belakang, tengok kat atas katil. X ader punnn. " Mana anak aku nih??? " Langsung jai panik.

Ummi pun bangun, tercari-cari lah kat mana si Ammar nie jatuh. Aduhhh kesiannya bila Ummi tengok dia telentang kat tepi almari. Uwaaa uwaaa nangis.

Cepat-cepat Ummi angkat and pujuk dia. Alhamdulillah berhenti nangis sambil tangan dok pegang belakang kepala. Sakit lagi la tu agaknya.

Ummi baringkan Ammar kat atas katil. x lama lepas tu, dia pun zzzzzzzzzzz. Fuhh lega. Dan x lama lepas tu, Ummi pun zzzzzzz sama.

Sunday, June 29, 2008

Tak Nak Makan

Aduh inilah situasi yang Ummi tengah hadapi sekarang. Ammar x nak makan. Maksud Ummi makan bersuap. Kalau letak dalam botol, baru nak makan.

Ummi dah x tau nak buat macam mana lagi. Nak pelbagaikan makanan dia. Suap 2-3x je. Pastu terus tutup mulut rapat-rapat. Macam mana nak besar kalau sayang x mau makan.

Dulu Ummi buatkan bubur nasi. X nak. Yang peliknya dia nak makan apa yang orang besar makan. Amboi sapa ajar tu? Hehehe

Ummi harap Ammar nak lah makan lepas nie. Kalau tidak, teruk Ummi kena marah dengan atuk nanti sayang.

Wednesday, June 25, 2008

Main Besen

quang quang quang

Keletahnya makin hari makin x larat aku nak melayannya. Sekarang sudah pandai merayap ke sekitar rumah. Nasib baiklah rumah aku x banyak perabot. Kalau x, lagi haru lah jadinya.

Hari nie dia seronok pulak dapat main besen. Dah jemu dengan permainannya mungkin? Yang pastinya aku sekarang x boleh tinggalkan Ammar sorang lama-lama dah. kalau dulu boleh lagi. Sekarang, x lagi. If aku tinggal, gamaknya abislah segala apa yang ada kat ruang tamu tuh disepahkannya.

Tabiatnya suka masukkan benda dalam mulut. X kiralah apa-apa pun. kertas, botol, kain dan sebagainya. Lagi satu budak nie suka selak karpet. Huuuu x larat aku nak perbetulkan balik.

Aduh nama pun budak kan. Anak sendiri pulak tu. Biar jelah. Lagipun itu baru sikit je 'skill' yang dia boleh buat. Tengoklah kalau dah pandai merangkak & nak berjalan nanti, lagi Ummi letih mengontrolnya.

Tuesday, June 17, 2008

Kena Cucuk

Sepatutnya 15hb lepas, Ammar kena pergi klinik. Tapi Abi pulak ada kerja. Aduh berjam jugak Ummi dengan Ammar tunggu kat rumah. Tapi hampa....

Last-last Ummi tukar baju Ammar. Huhuhu kesian tengok dia macam rimas semacam je sebab Ummi bagi pakai baju 'over size'.

So InsyaAllah petang nie Ummi + Abi bawak Ammar pergi klinik ok. Sayang jangan nangis tau sebab Dr Zainol nak cucuk Ammar.

Alhamdulillah sepanjang Ammar kena cucuk untuk immunisasi, dia x penah nangis. Cool je anak ummi nie. Bagus Ammar. You're good boy!!!!. muaahhhh

Friday, June 13, 2008

Pergi Klinik

Kesian kat Ammar. Dah banyak hari dah mata sebelah kiri dia merah. Bila jadinya Ummi tak perasan pulak. Ummi sedar pun tengahari hari isnin lepas. So malam tu, Ummi+Abi bawaklah Ammar check up ke klinik. Doktor kata maybe mata dia terkena apa2 kot. Entah lah Ummi tak dapat nak ingat. Tapi mujurlah dia tak garu2 mata. Tak gatal maybe. Malam semalam kami pergi pasar malam dekat taman arked. Memang selalu pergi kat situ. Lenguh tangan Ummi dukung Ammar. Sampai tertidur dia, keletihan agaknya.

Balik sampai rumah, Abi kata ada selaput kat mata Ammar. Aduh Ummi dah panik. Ummi pujuk Abi supaya bawak Ammar pergi check up sekali lagi. Dah 4 hari, masih tak ada perubahan. Risau Ummi dibuatnya.

Kami pergi klinik yang lain. Tunggu dekat sengah jam. Nama Ammar tak dipanggil lagi. Dia dah mula meragam. Yang peliknya masa kuar rumah, segar je mata dia walaupun masa tu dah pukul 11pm. Dalam kereta Ummi dok pesan kat Ammar jangan tidur lagi. Kalau dah lena, macam mana doktor nak check mata.

Abi, Ummi dan Ammar pun masuk ke bilik doktor lepas nama Ammar dipanggil. Doktor just tanya kat Ummi macam mana mata Ammar boleh jadi macam tu. Ummi pun citer la. Yang sakit hatinya doktor tu tak check langsung mata Ammar. Main tengok cam gitu je. Pastu dia buat call. Call doktor lain, bagitahu keadaan Ammar and tanya ubat apa yang perlu diberi. Abi+Ummi betul2 pelik. Napa dia call doktor lain pulak.

Pas settle suma, dalam kereta Ummi bebel kat Abi. Tak puas hati langsung. Geram pun ada. Sampai rumah Ummi tidurkan Ammar. Ingat nak jamah la keropok lekor, tapi Ummi terlelap sekali. Aduhai....

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Mata Ammar dah kurang merahnya. Ummi sentiasa berdoa moga mata Ammar cepat sembuh. Syukur Allah makbulkan. ALHAMDULILLAH.....

Thursday, June 12, 2008

Testing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..... Sekarang Ammar dah ada blog sendiri. So dalam blog nie aku ceritakan tentang perihal, aktiviti dan perkembangan Ammar. So untuk 1st entry nie aku selitkan video aksi Ammar yang sempat aku rakam. So kita layannnnnnn